Aku Tak Peduli by El Jah published on 2020-01-16T15:32:46Z Aku ludah kalau tak kena citarasa Baca berita terkini rasa macam buang masa Politik semasa dah serupa lawak hambar Yang dah banyak makan rasuah pun masih lagi lapar Pasca pembangunan pemikiran kekal sama Macam dalam filem hidup penuh dengan drama Ada yang lupa diri sebab kerja nama Dah terlupa pangkat dan harta tidak kekal lama Jalan hidup sehala ramai songsang Nak maju ke depan mesti tikam belakang Memang jadi lumrah di belantara kotaraya Harus pandai cari makan bila lapar cari mangsa Macam teka silang kata kau jadi keliru Ramai ahli silap mata kau mudah ditipu Setiap orang punya agenda masing masing Hidup bagaikan putaran roda penuh kaki pusing Dunia penuh dengan peraturan Tak gempak dalam industri hiburan Tak semua orang beri perhatian Katakanlah apa saja sebab memang Aku tak peduli Mahu capai mimpi sebelum lena dalam kematian Bangkit dari tidur masih mengejar impian Masih terus rap depan mikrofon meroyan Letak lagu dalam youtube walau orang taknak layan Apa yang ku teliti mentaliti majoriti Buat publisiti bodoh cari populariti Dunia hujung jari sudah sebegitu mudah Maruah anak muda digadaikan dengan harga murah Sumpah! Media sosial penuh dengan juri Yang berani sembunyi belakang papan kekunci Bila aku suarakan pendapat ramai tak tenteram Macam tengok video sajat joget dengan seluar dalam Perah otak tulis lirik orang tak baca Tak faham mesej dalam muzik masih angguk kepala Asalkan ada flow walau rhyme tak seberapa Ramai yang popular bukan sebab bakat tapi rupa Dunia penuh dengan peraturan Tak gempak dalam industri hiburan Tak semua orang beri perhatian Katakanlah apa saja sebab memang Aku tak peduli Ini soal penyampaian bukan pemakaian Bangun dari katil keluar cari rangkaian Tak pakai jam tangan emas masih tak buang masa Tak kejarkan rooftop aku mahu ke angkasa Bergaya oldschool bukan casanova Ramai yang gelar diri bintang aku supernova Aku tak makan dek puji tak mati dek caci Dah dimaki dan dikeji masih aku tak peduli Ramai guna orang dalam sebab tak jumpa pintu Takde cable aku masih kukuh macam tiang lampu Kroni silang panggung kerja banyak wayang Bersifat pilih kasih sebab kurang kasih sayang Aku jenis yang langgar lampu trafik sesuka hati Kencing pada dinding bertukar jadi corak grafiti Muntah isi hati lirik macam peluru Ludah flow atas mikrofon jadi lagu Dunia penuh dengan peraturan Tak gempak dalam industri hiburan Tak semua orang beri perhatian Katakanlah apa saja sebab memang Aku tak peduli Genre Hip-hop & Rap Comment by Loque ciki ciki Jah 2020-04-21T18:07:34Z