Maulana Sulaiman Khatani ۞TURN Back To Your ALLAH Converted by SyedArman bin Njulaina published on 2015-01-16T01:18:31Z 4 Sifat mulia yang AGONG ada pada Rasulullah Sallallaahu Alayhi waa Sallam adalah: SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH, FATHANAH Untuk menjadi seorang PEMIMPIN, Allah menggariskan 4 perkara wajib iaitu : Pertama: SIDDIQ (BENAR) Seorang mukmin harus memiliki sifat benar tidak ada sepatah pun perkataannya yang mengandungi kebatilan, dalam apa sahaja keadaan dan suasana. Sifat siddiq adalah asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran dari tingkah perlakuan yang bersih dan suci. Ke 2: AMANAH Amanah ialah sifat mulia yang pasti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai cita cita yang diazamkan. Suatu masyarakat itu tidak akan dapat dibina dengan harmoni melainkan hanya di atas asas yang kukuh dan tetap, antaranya asas amanah. Ke 3: TABLIGH Tabligh atau sifat menyampaikan dakwah dan Islam kepada masyarakat adalah satu sifat atau tugas yang diamanahkan oleh Allah Subhanahuwataala. Ke 4: FATHANAH (ertinya Kebijaksanaan dan Cergas) Sifat ini adalah sifat penting yang perlu ada pada seorang mukmin yang bertugas menyampaikan dakwah kepada masyarakat, kerana sifat fatanah akan menyempurnakan sifat tabligh. Seseorang pendakwah yang terlibat secara lansung akan selalu terlibat dalam perbincanagan dengan musuh, menghadapi pertanyaan daripada ahli jemaah, serangan serta kritikan orang yang masih meragukan. Seorang yang memiliki sifat fatanah ini cukup faham keadaan mereka yang ingin didakwahkan dan mengambil pendekatan lemah lembut dan penuh hikmah. Dia juga berkemampuan untuk memahami isu-isu semasa, memahami kekuatan dan kelemahan orang yang ingin di dakwahkan dan mengambil pendekatan yang bijak supaya dapat mengelakkan fitnah dan penghinaan kepada Islam. Oleh itu sama-samalah kita berusaha melengkapkan keempat - 4 sifat ini dalam kehidupan kita. Genre DaieAllah